Wednesday 25 February 2009

Buat sahabat-sahabat dalam perjuangan

Wahai sahabat-sahabat dalam satu shof semoga kita tidak jemu dalam dakwah ini. Sungguh banyak mihnah dan tribulasi jalan ini. Selain syaitan musuh yang nyata bagi kita, kelazatan dunia juga melambai-lambai kita selalu. Adakalanya kita kecundang dalam jalan ini. Tetapi bukan kita kalah dan mengalah, dakwah mesti di teruskan walau apa jua cara pun. Kekuatan rohani amat penting dalam meniti perjuangan ini. Hati yang bersih, tenang dan sabar akan membuat kita tidak hilang punca dalam dakwah. Qudwah Hasanah dan Lisanulhal kata kunci penting dalam dakwah kerana senang diucap tapi susah untuk kita sebatikan dalam kehidupan seharian kita. Kemuncak jalan ini menutut darah dan nyawa bukannya kesenangan. Semoga kita beristiqamah dalam perjuangan ini dalam menegakan kalimah Allah.

Monday 9 February 2009

Makan malam dan jualan lelong Gaza




Pada 31 Januari 2009 persatuan pelajar Malaysia dan kelab UMNO Lancaster telah Mengadakan makan malam dan jualan lelong untuk tabung Gaza. Antara aturcaranya ialah

Bertempat di : Lancaster University Minor Hall.

Bermula : 6.00pm

Ketibaan Tetamu dan Pendaftaran
Ceramah oleh Ustaz Ahmad Irfan Ikmal Hisham

Makan Malam

Video Berkenaan Palestin

Lelongan Amal

Penyerahan Sumbangan kepada Wakil Palestin

Bersurai (1015pm)

Pada malam itu terkumpulnya GBP1100 lebih untuk tabung Gaza.

Friday 6 February 2009

Islam For All


Practice perfect Islam in your life as the muslim
Islam way of life and peace.

Keamanan

Hayatilah lagu ini
Islam indah kalau kita pratikan bukan teorinya sahaja

Monday 2 February 2009

Ukhwah Islamiyah


Pada tahun lepas dalam pertengahan bulan lapan datang saudara Zulkarnain dari University Petronas untuk menghabiskan Phdnya.
Beliau datang seorang diri ke Lancaster dan meninggalkan sembilan orang anak di Malaysia. Isteri beliau seorang sahaja yang menjaga kesembilan anaknya. Apa yang hendak dikongsikan ialah kegigihan dan kesungguhan beliau untuk menghabiskan PhDnya. Sanggup meninggalkan anak dan isteri di Malaysia selama lebih kurang enam bulan.
Ahhirnya pada 7hb Januari 2009 lulus PhD beliau dalam pengajian bahasa.
Semangat uhkwah dan keperamahan beliau memeriahkan lagi warga Malaysia di Lancaster ini. Bila beliau pulang ke Malaysia pada 14hb Januari baru ini terasa kurangnya kemeriahannya bila beliau tiada.
Semangat ukhuwah atas nama satu agama dan akidah lebih kuat dari ukhuwah satu bangsa atau negara. Ukhuwah atas nama agama merentasi lautan dan benua, ianya juga tidak memilih warna kulit dan juga khatulistiwa. Sebab itu apabila umat Islam di Gaza di mamah dengan peluru dan roket Israel yang zalim kita mesti merasai penderitaannya. Cubit paha kanan terasa sakit peha kiri. Rumah yang musnah, kekurangan makanan, minuman dan kehilangan nyawa yang di deritai oleh umat Islam Gaza mesti ditolong. Kalau kita tidak mampu untuk pergi berjuang di Gaza menolong saudara seagama kita, bantulah dengan cara lain. Bantulah dengan harta dan wang ringgit dengan menderma kepada mereka. Bagi yang mempunyai wang yang banyak bagilah banyak dan mengikut juga kemampuan masing-masing. Bantulah juga mereka dengan sentiasa berdoa Doa juga merupakan salah satu senjata orang Islam dan yang paling mudah dan senang. Al Quran juga menyatakan bahawa semua orang Islam bersaudara. Bantu dan tolonglah saudara seakidah kita tidak kira dimana jua berada semasa mereka dalam kesusahan.
Walaupun pihah yahudi yang zalim sudah reda seketika menyerang umat Islam di Gaza tetapi semangat ukhuwah di antara umat Islam mesti dipertingkatkan supaya lebih mantap dan kukuh. Apabila ukhuwah Islamiyah tidak mantap dan kukuh dikalangan umat Islam maka senang sahaja musuh-musuh Islam memperkotak-katikan umat Islam. Umat Islam juga akan menjadi hamba kepada musuh Islam tidak berani menyatakan pendapat apatah lagi menetangnya. Lihatlah isu Gaza dimana kesatuan dan ukhuwah umat Islam. Malang sekali jiran kepada Gaza sperti Jordan dan Mesir yang pemimpinnya Islam hanya mampu mengutuk sahaja. Di mana semangat ukhuwah sesama Islam. Setidak-tidak pun atas nama kemanusian untuk bantu umat Islam di Gaza yang sedang diserang dengan ganas oleh yahudi yang zalim tanpa balas kasihan. Musuh Islam berlain negara bersatu menghancurkan umat tetapi kita masih tidak bersatu untuk menghadapinya. Masih selesa berdiam diri dan membantah sahaja serangan terhadap umat Islam di Gaza. Hanya Erdogan perdana menteri Turki sahaja yang sanggup menyatakan bantahan dengan tegas mengenai keganasan yahudi yang membunuh umat Islam hampir 13OO orang awam dan memulaukan forum ekonomi di Davos. Di mana pemimpin umat Islam yang lain sedangkan dalam forum itu setiausha liga arab ada tetapi tidak berani menyatakan bantahan sepertimana perdana menteri Turki. Erdogan telah mengubat serba sedikit penderitaan umat Islam di Gaza khususnya, umumnya di Iraq dan Afghanistan.
Lemahnya semangat ukhuwah di kalangan umat islam. Berapa lama lagi kita perlu bersikap tidak cakna kepada ukhuwah Islamiyah ini. Adalah menjadi tanggungjawap setiap pemimpin umat Islam di seluruh dunia menyuburkan ukhuwah ini sedangkan yang memulakan sudah ada iaitu Erdagon.