Monday 15 March 2010

Taskirah 15 mac 2010

Sebelum ini saya selalu membuka youtube dan mendengar ceramah Ust Hussain Yee. Banyak jugalah manafaat yang boleh di dapati dari ceramah beliau. Hari ini 15 haribulan Mac 2010 di Lancaster dengan kehendak Allah dapat bertemu dengan beliau secara live. Sebenarnya beliau selalu datang UK ini atas jemputan badan-badan Islam untuk berdakwah. Sebelum saya nak kongsikan apa yang beliau perkatakan pada hari ini suka saya bagi latar belakang beliau supaya kita lebih mengenali beliau:
1. Berketurunan Cina dan berasal dari Pulau Pinang
2. Memeluk Islam pada 1968 semasa berusia 18tahun
3. Melanjutkan pengajian dalam bidang Hadith di Madinah
4. Pernah berkhidmat PERKIM - membantu saudara-saudara baru mendalami Islam
5. Kini dalam rangka lawatan berceramah diatas jemputan Persatuan-persatuan Islam di seluruh dunia.
6. Pengasas Persatuan Al-Khadeem (Badan Bukan Kerajaan)
Beliau datang ke Lancaster sebab ada kenalan beliau di sini, jadi beliau datang bukan kerana ada program khusus tetapi hanya berziarah sahaja. Kesempatan masa dan ruang yang ada kami warga Malaysia sempat berjumpa dengan beliau dalam satu dan dua jam. Masa perjumpa yang sekajap itu sempatlah kami di beri beberapa pekara khusus perkongsian ilmu dan juga pengelaman beliau yang sudah lama dalam bidang dakwah, antaranya beliau menyatakan kepada kami:
1- Umat Islam berlumba-lumba dalam mencari ilmu dunia supaya tidak keitnggalan dalam arus globalisasi supaya kita maju dan setanding dengan negara-negara yang maju. Tetapi kta lambat dalam mempersiapkan diri dalam ilmu akhirat. dan kita tidak upgred ilmu akhirat kita.Kita cuma pakai apa kita belajar agama di sekolah dan universiti sahaja. Atau pakai pendapat- pendapat orang terdahulu sahaja tanpa kita kaji semula dan lihat adakah pendapat yang kita pegang itu bersesuian dengan quran dan sunnah nabi kita.
2- Kalau kita belajar ilmu dunia kalau tidak di kaitkan dengan agama itu sekular kerana ilmu dunia sebenarnya dari Alllah juga.
3- Kurang juga dikalangan umat islam dalam berdakwah dalam menerangkan islam kepada orang yang bukan islam seperti contoh di Malaysia pada tahun 1960an ramai orang cina menganut agama buddha agama nenek moyang mereka tetapi dalam tahun 1990an hingga ini tahun 2000 ramai orang cina sudah masuk kristian. Ini adalah usaha dakwah kristian yang dapat lihat keberkesanannya.
4- Kalau bercakap di kalangan sesama umat islam bukannya dakwah tetapi taskirah, kalimah dakwah hanya untuk mengajak dan menerangkan islam.
Beliau juga mengajak umat islam supaya memikul kerja dakwah bukan sahaja kepada orang seperti beliau asal tidak islam kemudian masuk islam. Umat islam yang sudah lama islam boleh juga memikul tangguangjawap yang sama.
Kerja dakwah bukan kerja individu tertentu tetapi kerja seorang muslim yang tidak ada penghujungnya dan juga tidak bergaji dan berpencen. Cari yang paling mudah ialah dengan akhlak kita yang mulia mencerminkan keperibadian seorang muslim. Sebelum kita menutup mata kita selama-lamanya bertanyalah kepada diri kita berapa orangkah yang sudah menganut islam dengan sebab akhlak kita atau dengan penerangan kita mengenai islam. Walllahualam