Sunday 28 December 2008

Pergi Tidak Akan Kembali Lagi

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kita Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya, sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya, dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Kesyukuran tidak terhingga kepada yang Maha Berkuasa yang menjadikan dua alam ini, alam dunia untuk mencari bekalan dan amalan dan juga alam akhirat untuk yang kekal abadi. Tahun 1429 hijrah berlalu dengan pantas tanpa menoleh ke belakang atau menanti sesiapa pun. Apa yang pasti lebaran baru akan bermula. Apa yang telah berlalu tidak perlu dibawa bersama pada yang akan datang. Segala yang tidak baik dan merugikan kita dan ummah perlu ditinggalkan dan dijadikan sebagai garis panduan untuk tidak akan mengulanginya lagi. Amalan yang baik perlu dipertingkatkan dan digandakan untuk memajukan diri dan ummah. Perancangan yang baik perlu dijadualkan dan mengikut landasan yang betul iaitu mengikut ajaran Islam yang betul. Bukan perancangan yang mengikut hawa hafsu yang selalu merugikan kita, atau pun wajah yang bertopeng atas nama Islam. Samada Islam plural atau sederhana.

Semua kesalahan dan dosa perlulah bertaubat. Kesilapan yang lalu perlu dibaiki agar ianya tidak berulang lagi. Bukalah lambaran dan buku baru dengan catatan yang berguna, bukan sekadar itu sahaja perlu dipraktikkan dan digunakan. Bertanyalah pada diri sendiri sebanyak mana kita sudah memahami dan mengamalkan Islam secara menyeluruh dalam kehidupan kita. Bukan sekadar menjadi penganut sahaja sudah mencukupinya. Perkara yang wajib perlu diikuti, yang haram mesti dijauhi, yang sunat perlu di tingkatkan, yang makruh perlu kurangkan dan yang harus perlu difahami. Janganlah kita berbangga dengan nama Islam sahaja tapi tingkah laku, pemikiran dan akhlak bukan Islam bahkan jauh sekali dari yang Islam telah gariskan. Berbanggalah dengan Islam kalau akhlak dan pemikiran kita betul-betul mengikut Quran dan Sunnah. Janganlah hanya nama Islam tapi pakaian serupa orang bukan Islam dedah sana sini dan juga pemikiran sekular dan tidak yakin dengan hukum hakam Allah. Itu tidak Islam namanya sebab itu orang berfahaman sebegini, Islam itu perlu bila puasa, raya, kahwin, kenduri kendara dan haji sahaja. Beberapa juzuk sahaja Islam sedangkan yang lain tidak Islam. Boleh kita membawa kereta kita sedangkan sebahagian sahaja kita beli seperti tayar, cermin, enjin dan pintu. Sedangkan juzuk yang lain kita tidak beli kerana dianggap tidak penting. Cukupkah kita mengaku sudah memiliki kereta yang mahal sedangkan kita milikinya dengan tidak lengkap. Sudah tentu orang akan mentertawakan kita. Begitu juga perihal Islam, rasanya ramai umat Islam yang berfahaman sebegini. Inilah virus yang melanda rata-rata umat Islam yang tidak disedari yang akan menghakis sedikit demi sedikit Islamnya.

Virus ini sebarkan oleh golongan yahudi dan nasrani yang tidak sukakan Islam dan setiap saat mencari jalan menyesatkan kita melalui pelbagai cara. Seperti mana firman Allah Taala

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)." (al-Baqarah: 120).

Apa bila umat Islam sudah dijangkiti oleh virus ini maka anti virus dari yahudi dan nasrani digunakan bukannya dari Islam. Lebih malang lagi disebarkan dengan aktif oleh umat Islam itu sendiri. Nama Islam, mempersoalkan pekara haram yang dilarang oleh Islam dan menentang secara terang-terangan apa yang telah difatwakan oleh para alim ulamak. Tolak dan sangsi mengenai ajaran Islam atas nama kemodenan dan globalisasi. Bertudung dan menutup aurat itu adalah tidak moden dan kolot. Semua ini zaman nabi sahaja bukan zaman kita sekarang dan ianya sudah berlalu.

Menjadi kewajipan setiap muslim yang mengetahui perihal ini menyedarkan mereka yang terkena virus merbahaya ini agar tidak merebak lebih teruk lagi. Jalannya ialah mengajak mereka memahami Islam itu dengan memberikan kefahaman akidah yang sahih. Kefahaman akidah itu bukannya warisan dari ibubapa yang Islam, ianya merupakan kefahaman yang berpandukan dengan ilmu yang betul berdasarkan wahyu Allah dan sunnah kekasihnya. Ini yang hendak kita isi dan penuhkan pada tahun baru 1430 ini . Agar Islam itu teguh dengan utuh dan disegani oleh orang bukan Islam. Usaha ini adalah tanggunjawap semua umat Islam bukan hanya terletak kepada para alim ulamak dan pendakwah sahaja.

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kita Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Jadilah Muslim yang lebih baik dari hari semalam dan keesokan harinya lebih baik dari hari ini.

Sunday 2 November 2008

Kurniaan Allah


Allah telah berfirman dalam Al Quran: "Dan orang-orang yang berkata: Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami daripada isteri-isteri kami dan keturunan kami cahaya-cahaya mata dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa"- surah al-Furqan:75.

Rasulullah telah bersabda bahawa: "Berkahwinlah kamu semua dan lahirkan anak banyak-banyak. Kerana aku akan berbangga dengan kamu semua di hadapan umat-umat lain di hari kiamat"- hadis riwayat al-Hakim.

Alhamdulillah kita panjangkan kesyukuran kepada Allah kerana mencipta manusia sebaik-baik kejadian berbanding makhluk yang lain. Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Kita mengira apa yang kita rancangkan adalah terbaik untuk kita, tetapi tidak semesti terbaik disisi Allah. Hanya Allah sahaja yang mengetahui apa terbaik untuk hambanya. Sebagai Muslim kita perlu berusaha dan merancang, hal itu tidak boleh tidak. Ketidaksempurnaan dan apa yang kita rancang tidak berlaku adalah biasa dalam kehidupan sebagai manusia. Sebab kita adalah hamba dan banyak kelemahan yang ada pada kita. Apa yang penting kita berusaha dan tidak boleh mengharap sesuatu tanpa berusaha. Usaha kita juga kena berterusan tanpa mengenal berputus asa. Putus asa bukan sifat seorang Islam.

Lihatlah lembaran sejarah bagaimana kerja dakwah yang dipikul oleh Rasulullah s.a.w menyampaikan risalah Islam yang suci tanpa jemu dan berputus asa. Walaupun diugut dengan pelbagai ugutan tetapi terus berusaha menyampaikannya. Lihatlah hasilnya sekarang Islam telah tersebar keseluruh pelosok dunia hasil dakwah. Kerja dakwah bukan sesuatu yang senang sebab kerja dakwah bukan dibayar dengan gaji dan elaun yang mahal. Kerja dakwah kadang kala dibayar dengan maki hamun, ugutan untuk dibunuh, penjara dan juga penat lelah yang tidak dapat dikira nilainya. Jarang-jarang mendapat pujian.

*****

Anak adalah amanah dan kurniaan Allah kepada kita manusia. Kami memang tidak merancang untuk mendapat anak lambat atau cepat. Terpulang kepada Pencipta makhluk dan alam ini bila masa terbaik untuk kami. Setelah tiga tahun kami berkahwin baru sekarang Allah mengurniakan kami anak. Alhamdulillah sudah sembilan minggu zaujah mengandung ketika artikel ini ditulis. Pada minggu pertama apabila mengetahui zaujah mengandung agak terkejut bercampur gembira. Seolah-olah tidak percaya bakal menjadi ayah. Syukur Allah telah makbulkan doa inginkan zuriat kerana semasa menunaikan ibadat haji tahun 2007 tidak berhenti-henti berdoa di depan Kaabah. Walaupun zaujah sudah mengandung beliau masih ke pejabat dan pergi ke kelas setiap hari untuk menyiapkan tesis PhDnya. Tidak selera makan sudah lumrah bagi orang mengandung. Sekarang segala urusan memasak menjadi tugas setiap hari. Bukanlah pandai sangat masak tetapi pengalaman semasa belajar di Jordan bolehlah diguna. Lagi pun memasak ini sudah menjadi hobi. Apa sahaja boleh masak asalkan jangan suruh masak kuih muih sebab tidak berminat.

Sudah tiba masanya untuk dipertanggungjawap menjaga amanah Allah kerana anak adalah amanah Allah kepada hambanya. Anak mesti diberi pendidikan kerana ibubapa lah yang mencorakkan anak mereka. Mereka bagaikan kain putih yang bersih, pendidikan dari ibubapa mencorakkan mereka samada Islam, yahudi atau nasrani. Pendidikan awal ialah semasa dalam rahim lagi selepas ditiup roh. Sebaiknya bacalah Al-Quran tiga puluh juzuk semasa bayi dalam kandungan atau selalu mendengar bacaan Al Quran dari CD dan kaset-kaset. Kita boleh rangsangkan bayi dalam rahim dengan perkara-perkara yang baik-baik. Semoga dia terbiasa dengan pekara baik dan bila keluar dari rahim nanti dan sudah besar suka perkara yang baik. Ini kerana kita dah didik dia dari awal lagi. Ada juga yang bapanya merakamkan bacaan Al Qurannya kemudian didengar oleh isterinya yang mengandung. Ini semua kerana hendak membiasakan anak tadi dengan suara bapa mereka agar apabila sudah besar mendengar kata-kata bapanya.

Semoga kami dapat mendidik anak kami dengan baik dan menjadi anak yang soleh atau solehah. Amin ya rabbal alamin.

Wednesday 8 October 2008

Selamat Tinggal Madrasah

Banyak peristiwa sepanjang sepuluh terakhir Ramadhan dalam hidupku sebagai perantau. Alhamdulillah aku bersyukur kerana dapat menyambut raya dengan membesarkan kalimah Allah.

Pada sepuluh terakhir:
Berjumpa dengan AJ pensyarah UKM yang datang ke Lancaster University untuk membentang kertas kerja di sini. AJ sempat berbuka dan solat terawih bersama-sama masyarakat Islam di masjid dalam universiti. Meriahnya berbuka di masjid universiti. Hari Khamis student Indonesia masak, hari Sabtu orang Malaysia yang masak dan pada hari lainnya juadah percuma dari Imran asal dari Pakistan yang mempunyai restoran halal di bandar Lancaster. Pada tiap-tiap hari kami menikmati pizza yang free dari Abdullah orang Turki yang mempunyai restoran halal dalam universiti. Berbuka di sini dengan makan kurma dengan susu segar dan pelbagai jus selepas tu solat maghrib berjemaah kemudian barulah makan nasi. Mewahnya berbuka di UK ni walaupun tak ada pelbagai juadah kuih. Alhamdullah nikmat makan di mana-mana.

Pada sepuluh terakhir:
Pindah rumah yang lebih besar tetapi masih dalam kampus univesiti lagi. Di sini kalau pindah memang tidak susah sebab masyarakat Malaysia email sahaja nak minta tolong angkat barang. Meraka akan datang menolong tak kurang sepuluh orang yang datang. Ukhuwah memang subur di Lancaster ini, harap ianya kekal apabila balik Malaysia nanti.

Pada sepuluh terakhir:
Orang lama disini yang mesra dengan panggilan Abg Din balik ke Malaysia. Beliau boleh dikatakan raja e-bay. Saya, Faizul, Asmadi dan Zulkifli hantar beliau ke stesen bas Preston. Beliau dah balik Malaysia sebelum ini menghantar isteri yang baru tamat PhD. Balik ke Lancaster untuk sambung Master part time. Tetapi tidak dapat visa sebagai pelajar part time terpaksa balik Malaysia dan Alhamdulillah dapat sambung di UTM. Beliau antara orang Malaysia yang banyak pengalaman di Lancaster.

Suasana menyambut hari raya di perantauan ini bagi saya biasa sahaja sebab sudah biasa menyambut raya di perantauan semasa belajar di Jordan dahulu. Kalau di tanya suasana raya di sini sederhana tetapi meriah. Saya mengetahui tentang hari raya apabila ustaz Erfino menghantar masej melalui telefon bimbit. Ustaz Erfino merupakan pegawai agama di kedutaan Malaysia di London dan juga senior semasa di Jordan dahulu. Raya kat UK sehari lebih awal dari Malaysia.

Pada malam hari raya kami bertakbir rumah ke rumah pelajar Malaysia yang tinggal dalam kampus. Rumah saya yang terakhir takbir sudah jam 12.30 tengah malam. Sebelum solat hari raya saya sudah bangun untuk kerja. Selepas habis kerja baru solat hari raya. Takbir versi Arab mengisi masjid dalam universiti - teringat semasa belajar di Jordan dahulu. Selepas solat hari raya pergi berhari raya kerana ada yang buat rumah terbuka. Selepas itu dalam jam 12 tenghari pergi kerja pulak. Rumah terbuka kami buat juga tetapi hari minggu. Majlis raya diadakan di rumah Rizal dengan Azmi sebab rumah mereka sebelah menyebelah dan lagi pun besar. Kami masak dan bawa makanan ke rumah mereka. Masa jamuan selepas maghrib hingga jam 11.30 malam.

Tidak ketinggalan juga saya di jemput oleh ustaz Zaharuddin dari Lampeter University tetapi tidak pergi kerana jauh sangat empat jam perjalanan. Sebenarnya saya kenal ustaz Zaharuddin hanya dalam blog dia sahaja kemudian apabila mengetahui beliau menyambung PhD di UK, saya jemput beliau ke Lancaster berceramah mengenai bab riba melalui email. Kami jemput beliau satu minggu sebelum bulan puasa. Beliau berceramah dalam English sebab orang Islam dari negara lain pun hadir sama. Ceramah beliau cuma satu jam sahaja selebihnya menjawab soalan mengenai riba. Pelajar PhD dari Iran, Pakistan dan Arab banyak bertanya. Aihamdulillah ustaz Zaharuddin dapat menjawabnya dan sampai ustaz habis ceramah masih yang ada hendak bertanya. Sampai pelajar Malaysia tidak ada ruang hendak bertanya. Insyallah selepas ini kami akan jemput lagi ustaz Zaharuddin kerana beliau memang berkepakaran dalam ekonomi Islam lagi pun boleh menguasai dua bahasa iaitu bahasa Arab dan bahasa Inggeris.

Akhir sekali pertengahan Shawal persatuaan pelajar Malaysia Lancaster membuat sambutan hari raya sebagai penutup.

Wednesday 17 September 2008

First Time

All Praise be to Allah, first time to perform fast in UK this year.
I attended my first English class in Ramadhan. My english class is at Morecambe Learning Center and start at 6.00 pm to 8.30 pm every Monday.

First lesson we talk about Brotherly Love. History about Adidas and Puma.
Before end of my class we learned the difference between present perfect and past simple.

Present Perfect Past Simple
- so far - yasterday
- yet - last year
- far - last month
- since - at 2 o`clock
- up to now - when
- ever - did you
- never - 1971

I did for Past Simple
I have done for Present Perfect.

Thursday 11 September 2008

Satu Untuk Sebelas

FIrman Allah Taala dalam kitab suci:

"Bulan Ramadhan, bulan yang didalamnya diturunkan Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang haq dengan yang bathil), karena itu barangsiapa diantara kamu menyaksikan (masuknya bulan ini), maka hendaklah ia puasa... " (Al-Baqarah 185)

Alhamdullah Ramadhan datang lagi..... mubarak Insya Allah.

Ada orang suka kedatangannya kerana awal sepuluh malam pertama rahmat, pertengahan sepuluh malam keampunan dan sepuluh terakhir pelepasan dari azab api neraka.
Ada orang suka kedatangannya kerana adanya solat terawih dan witir.
Ada orang suka kehadiran Ramadhan kerana adanya Lailatul Qadar(ibadah seribu bulan)
Ada orang suka kehadiran Ramadhan kerana bulan mendidik rohani dan jasmani.
Ada orang suka bulan Ramadhan kerana boleh khatam Quran tiga puluh juzuk.
Ada orang suka Ramadhan kerana boleh membayar zakat fitrah dan sedekah.

Dan sebaliknya ada juga orang suka Ramadhan itu;
Boleh makan pelbagai jenis masakan dan kuih muih.
Boleh pulang awal dari tempat kerja.
Boleh berniaga menambah pendapatan.
Boleh diet dan dan kuruskan badan.
Boleh pakai baju baru dan tukar perabot dan juga langsir baru selepas Ramadhan.

Di mana kita berada di bumi Allah ini Ramadhan tetap di fardhukan kepada umat Islam. Tidak kira kita berada di timur atau di barat Ramadhan tetap Ramadhan. Segala kesusahan dan kepayahan semasa melalui Ramadhan merupakan proses mamantapkan keimanan kepada Allah Taala. Penilaian tahap ibadah puasa hanya Allah sahaja yang mengetahuinya dan menilainya. Allah Taala mengetahui siapa yang benar-benar menepati tahap puasa yang dikehendaki, walaupun semuanya menahan lapar, dahaga dan perkara yang dilarang dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari. Sesiapa yang melalui pendidikan Ramadhan penuh keimanan, ketakwaan dan keikhlasan kepada Allah selama sebulan hasilnya akan kita lihat sebelas bulan selepasnya. Kalau pendidikan atau madrasah Ramadhan mengajar solat berjamaah dan melakukan ibadat-ibadat sunat, selepas Ramadhan pun tetap diteruskan. Kalau semasa Ramadhan kita berpuasa mata daripada melihat maksiat, telinga dari mendengar berita yang tidak baik dan mulut dari bercakap yang sia-sia maka amalan ini masih diteruskan juga apabila Ramadhan sudah meninggalkan kita. Ibarat pergi kursus motivasi selama satu bulan tentulah selepas itu kita bermotivasi. Aura dan semangat motivasi itu mestilah dikembangkan kepada orang-orang disekeliling kita. Barulah motivasi itu hidup dalam jiwa kita. Kalau tidak motivasi itu akan terhenti dalam jiwa kita sahaja. Begitu juga ihya Ramadhan sebulan mesti dihidupkan pada bulan-bulan lain supaya roh Ramadhan itu sentiasa ada dan dekat dengan kita.

Kalau di Malaysia berpuasa terasa suasananya, baik dari segi ibadah dan juadah berbuka puasa. Setiap masjid akan mengadakan solat terawih dengan membawakan imam hafiz Qur'an yang sedap bacaannya. Bi`ah Ramadahan itu ada dan terasa, apatah lagi dengan makanan berbuka puasa. Cuaca pun panas menyebabkan berbuka puasa banyak minum air dari makan.

Kalau puasa di negara timur tengah, suasana ibadah di bulan puasa itu amat terasa dan seronok lebih-lebih lagi di Mekah dan Madinah. Sebab itu Ramadhan di Mekah dan Madinah seperti musim haji meriahnya. Kalau makanan ketika berbuka, biasa sahaja kerana suasana ibadah itu lebih seronok.

Kalau di barat atau khususnya di UK suasana puasanya biasa sahaja dan bergantung kepada tempat. Kalau tempat itu ada masjid meriahlah. Berbuka kebiasaannya di masjid bersama dengan sahabat seIslam dari negara lain. Setiap hari ada sahaja yang akan menaja berbuka puasa. Ada juga terpaksa berbuka di tempat kerja dan datang ke masjid untuk solat terawih. Begitu juga suasana hari raya selepas subuh pergi kerja dulu kemudian habis kerja baru pergi solat hari raya kalau berkesempatan. Tiada istilah cuti hari raya bila berada di barat ini. Semuanya sama, cuti hanya Krismas dan tahun baru sahaja.

Alhamdulillah dimana jua kita umat Islam berada, ibadah puasa itu tetap ditunaikan walau pelbagai cabaran dihadapi. Ujiannya hanya sedikit, tidak seperti di zaman nabi berperang semasa di bulan Ramadhan. Semoga roh Islam dan Ramadhan subur di setiap jiwa umat Islam dalam kehidupan seharian.

Friday 5 September 2008

Friday 29 August 2008

Fasting Ramadan

Allah the Almighty said:
"O you who believe! fasting is prescribed for you, even as it was prescribed for those before you, that you may attain piety." (2:183)

The Prophet said:
"Fasting is a shield (against Hell)." (Agreed upon )
The prophet said again:
"whoever fasts the month of Ramadhan with faith and seeking Allah`s pleasure and reward will have his past sins forgiven." (Agreed upon)

The fasting is an act of worship that involves a lot of benefits such as:

1- It relieves the digestive system of continuous work and helps the body to get rid of the excess materials and strengthen the body.
2- It purifies the self and gives it good qualities such as excellence, discipline, obediece and patience.
3- It helps the smokers to put temporary end to chain smoking or abandon smoking altogether.
4- And lastly fasting teaches the Muslim equality and brotherhood. The fasting brethren fast together and break their fast together. This is real Islamic unity. A fasting Muslim suffer hunger and as a result he shows sympathy to hungry and the needy.

Friday 15 August 2008

Suburnya Ukhwah Disini

Sudah enam bulan berada di Lancaster dan alhamdulillah masyarakat Malaysia di sini sungguh kuat semangat ukhwah Islamaiahnya. Mula-mula sampai sahaja di Lancaster kami dijamu dengan makan malan. Kami pun memang lapar sebab lama juga menunggu dari Heathrow Airport untuk ke Manchester. Selepas itu dari Manchester Airport ke Lancaster pula mengambil masa satu jam, sampai pulak masa ketika itu winter, awal malam memang sejuk. Selepas makan malam kami telah dibawa ke rumah yang telah kami uruskan dari Malaysia lagi dengan pihak universiti. Seingat saya brother Tun dan Rizal yang sambut kami malam tu. Kami telah di berikan selimut serta bantal, cawan dan juga pinggan, tanpa bayaran oleh Tun dan Rizal. Keesokan harinya kami telah sarapan rumah Tun dan juga dibawa ke carboot (barang yang sudah diguna tetapi masih elok dan murah) untuk mencari barang dan juga ke pasaraya Asda untuk membeli barang-barang keperluan asas harian.

Lima enam hari kami di jemput ke rumah student yang berkeluarga untuk makan. Kami dijemput dengan kereta kalau yang menjemput itu menyewa rumah di luar bukan tinggal dalam uinversiti seperti kami. Kami juga dihubungi oleh Razman student PhD bertanyakan adakah mahu membeli daging halal. Daging halal yang segar seperti ayam dan daging tidak ada dijual di Lancaster. Daging halal dijual di Preston dalam 20 kilometer dari Lancaster, kira-kira 30 mimit sahaja. Di Preston memang banyak daging dan barang-barang halal yang dijual oleh orang Islam Pakistan. Setiap minggu sudah pasti ada sahaja orang yang bertanya jika kami mahu kirim beli daging halal. Preston bukan sahaja tempat mudah mencari daging halal murah tetapi masjid pun banyak kalau hendak di bandingkan di Lancaster hanya ada satu sahaja.

Begitu kuat semangat ukhwah dan semangat ta'awun di Lancaster ini sampaikan kalau ada keluarga mendapat anak baru yang baru lahir kebajikan juga dijaga. Setiap hari ada sahaja yang menghantar makanan untuk keluarga yang baru mendapat bayi siap dengan jadual siapa yang akan masak supaya semua orang dapat menolongnya. Begitu juga kalau ada keluarga yang hendak pindah rumah, kami akan bergotong-royong menolong.
Semangat tolong menolong merupakan amalan Islam yang mulia dan terpuji seperti mana firman Allah Taala yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat." (
Al Hujuraat 10
)

Kalau kita tidak mengamalkan amalan Islam macamana hendak mengetahui Islam itu elok, cantik dan indah. Kita mestilah mengamalkannya barulah mengetahuinya. Serupalah orang cakap buah strawberry di UK ini manis, kalau tidak rasa macamana hendak mengetahui manisnya. Amalan Islam yang berteraskan Qur'an dan sunnah semangkin luntur dalam kehidupan umat Islam. In kerana budaya-budaya yang tidak elok berteraskan kebendaan dan hawa nafsu merebak di kalangan umat Islam. Nilai-nilai dan roh Islam sudah tidak penting dalam kehidupan seharian umat Islam. Kita leka dan lalai dari mengamalkan amalan Islam kerana merasai Islam tidak mengikut arus kemodenan dan ketinggalan zaman. Ini disebabkan kejahilan melanda umat Islam sekarang ini yang meninggalkan konsep Iqra' . Bila kita membudayakan membaca, mengkaji dan mendengar ilmu-ilmu Islam, akan bertambahlah ilmu dan keimanan kita. Bila budaya ini ada pada umat Islam, tidaklah berlaku kejahilan dalam agama dan juga menjadi hairan apabila ulamak membicara sesuatu hukum dalam Islam.

Alhamdulillah di Lancaster ini ada majlis ilmu dan usrah dua minggu sekali, bagi lelaki hari Ahad dan perempuan hari Sabtu semuanya sebelah petang. Tidak ketinggalan kanak-kanak di sini diadakan kelas Qur'an setiap hari kecuali hari minggu. Kanak-kanak juga ada kelas fardhu ain hari Jumaat dan disertai oleh kanak-kanak dari bangsa lain yang Islam.

Disebabkan pernah belajar di Urdun ( Jordan) saya diberi satu slot dalam usrah untuk membaca tafsir dan juga fekah. Ilmu yang sedikit yang diberikan oleh Allah saya kongsikan dengan warga Malaysia di Lancaster ini. Semoga ilmu yang dimanfaatkan dan diamalkan itu menjadi bekalan di akhirat nanti selain dari sedekah dan anak yang soleh mendoakan kita apabila kita sudah meninggalkan dunia ini. Zaujah (isteri) pun yang asal dari latarbelakang lulusan agama juga menyumbangkan apa yang boleh, walaupun sibuk dengan PhDnya. Beliau mengajar mengaji Al-Quran kepada anak-anak student Malaysia disini. Selain daripada itu saya juga diminta memberi nama anak mereka yang baru lahir supaya ada makna dalam Islam.

Semoga semangat ukhwah ini boleh diterap dan disuburkan di Malaysia apabila kami semua balik nanti. Firman Allah s.w.t yang maksudnya:

".... dan bertolong-tolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertakwalah kepada ALLAH, sungguh, ALLAH sangat berat siksaNya."(Al-Maidah:2)

Friday 11 July 2008

as-Sharqi wal Gharbi




Kemungkinan terlalu awal untuk aku menulis tajuk diatas. Tetapi perasaan untuk menulis itu tidak boleh ditahan-tahan. Ia bermula, bila aku berchating dengan seorang student yang hendak pergi menyambung pelajaran ke Mesir dalam bidang perubatan. Beliau meminta pandangan dariku sebagai seorang guru yang pernah mengajarnya. Lalu aku pun memberi pandangan dan pendapat sebagai seorang yang pernah belajar di timur tengah. Sebenarnya aku bersyukur kerana kerajaan telah menghantar pelajar Malaysia ke timur tengah dalam bidang perubatan. Bukan kerana alasan kos yang murah, kerajaan pun kena jujur menghantar pelajar kita luar negara atau ke sesebuah negara kerana pulangannya kepada negara dan rakyat perlu diambil kira juga.
Timur tengah bukan untuk Pengajian Islam sahaja, malah bidang-bidang lain pun tidak kurang hebatnya. Ramai yang berkepakaran hebat dalam kedoktoran dan kemahiran lain dari bangsa Arab. Di universiti-universiti Eropah sekarang ini sudah ramai pensyarah dari bangsa Arab. Mereka bukan sahaja berkepakaran dalam bidang agama tetapi dalam bidang lain juga. Malah ada yang berkepakaran dalam bidang sains menurut Al-Quran. Seperti contoh Doktor Zaid Kasim Ghazzawi, anda boleh layari laman web ini http://www.quran-miracle.com/ . Ini adalah kehebatan ilmuan Islam yang lahir dari sistem pendidikan Islam yang asasnya mempelajari Al-Quran terlebih dahulu.
Bila mereka kembali ke negara mereka sudah tentu mereka akan berkhimat di universiti tempatan dan mencurahkan kepakaran dan pengelaman semasa berkhidmat di universiti luar dahulunya. Pensyarah kita di Malaysia kurang berkhidmat dengan uinversiti luar untuk mencari pengalaman seperti pensyarah dari negara Arab. Kemungkinan kemudahan yang diberi oleh pihak kerajaan kepada pensyarah kita lebih baik ataupun soal gaji. Rasanya tidak salah kita galakkan pensyarah kita berkhidmat selama berapa tahun diluar negara untuk tujuan menajamkan kepakaran dalam sesuatu bidang yang baru. Maka proses pemindahan dalam bidang teknologi dan kemahiran lebih cepat dan senang.
Sekali-sekala persoalan ini berlegar dalam kotak fikiranku, kenapa kita sebagai orang Islam amat bangga dengan lulusan dari barat dalam bidang teknologi dan kemahiran. Bukan salah tetapi cuba kita singkap sejarah ketamandunan ilmu dari mana ia bermula, barat atau timur? Siapa yang menulis kitab Qanun Fi-Tib yang menjadi rujukan barat dalam bidang perubatan yang diterjemah dalam pelbagai bahasa. Manafaatnya sangat besar dalam dunia perubatan. Tiada siapa boleh menafikan kehebatan ilmuan Islam ini, barat pun mengiktirafnya. Begitu juga Ibnu Khaldun yang mengarang kitab Al-Muqadimah, banyak diterjemah dalam pelbagai bahasa. Kalau kita pergi ke perpustakaan yang besar-besar di barat banyak kitab dalam bahasa Arab tulisan tangan belum diterjemahkan lagi. Khususnya di Britain dan Perancis. Pernah semasa belajar duhulu, aku bertemu dan berbual dengan kawan-kawan yang menyambung MA dan PhD di Jordan. Mereka pernah memberitahu aku bahawa dari segi keilmuan, yang menyambung MA dan PhD di timur tengah lebih baik jika dibandingkan dari rakan-rakan mereka yang menyambung di barat. Cuma kelebihan mereka ialah dari segi penyusunan ilmu itu barat lebih baik.
Menjadi kewajipan kepada ilmuan Islam mengemaskinikan penyusunan ilmu supaya ilmu Islam itu menjadi mudah untuk dipelajari dan menjadi mudah untuk dirujuk oleh umat Islam dan bukan Islam. Usaha penterjemahan kitab dan buku Islam dalam pelbagai bahasa perlu supaya mudah bangsa lain memahami agama Islam. Biarlah usaha ini dibuat oleh orang yang mempunyai kepakaran dan orang Islam sendiri supaya tidak ada penyelewengan fakta berlaku. Kalau kita lihat ramai orang bukan Islam khususnya orang barat yang memeluk agama Islam selepas membaca terjemahan Al-Quran dan juga buku-buku Islam dalam bahasa Inggeris.
Selain daripada itu pada pendapatku, pelajar yang mengambil kursus perubatan di timur tengah dapat menguasai dua bahasa iaitu bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Bahasa yang digunakan dalam pembelajaran ialah bahasa Inggeris manakala bahasa berkomunikasi ialah bahasa Arab. Semua kita mengetahui bahawa bahasa merupakan alat yang penting untuk menguasai sesuatu ilmu. Kebanyakan kitab dan buku yang ada sekarang adalah dalam bahasa Inggeris dan Arab. Sudah tentu menguasai kedua-dua bahasa ini mencepatkan proses menguasai sesuatu ilmu. Maksud hadis Rasulullah s.a.w “Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad”. Konsep pendidikan dalam Islam adalah berterusan dan sepanjang umur kita bukan selepas tamat di sekolah dan universiti.

Monday 7 July 2008

MUNAJAT DAN DOA TOK GURU


"Wahai Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadamu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadamua yang menyampaikan kami ke syurgamu, dan berilah dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia."

"Wahai Tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami. Dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami.Dan janganlah Engkau jadikan bencana bagi kami dalam agama kami dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya kami dan tidak sampai batasan ilmu kami. Dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami."

"Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungan dengan nur kesucian engkau dan berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik." "Wahai Tuhan kami, engkaulah penolong kami, maka kepada engkau kami mohon pertolongan. Wahai tuhan kami, engkaulah Tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada engkaulah kami pohon selamat. Wahai Tuhan bagilah kelemahan dan kehinaan yang mana segala tengkuk pembesar dunia."

"Dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja Firaun, selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksamu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat. Tiada tuhan bagi kami melainkan engkau demi kebesaran wajah engkau dan kemuliaan kesucian engkau, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba engkau, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari engkau wahai Tuhan yang Paha Pemurah."

"Wahai Tuhan sama ada engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan mereka seperti seperti kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun kamu lipat balik rancnagan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri , dan kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi, Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungan dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu."

"Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W yang dengannya dapat mengubati hati dan menjadikan penawar, menyihatkan badan yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pandangan mata dan menyinarkannnya dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabat baginda sekalian." -Doa Tuan Guru Nik Aziz sebelum pilihanraya

Friday 27 June 2008

Old Trafford

Pada 23hb Jun 2008, kira-kira jam 7 petang, Jasni call “aku nak pi rumah hang, nak pi sembang” katanya. Apabila Jasni sampai, kami berbual pelbagai perkara lebih-lebih lagi kehidupan di UK ni khususnya di Lancaster. Lepas satu topik ke satu topik. Jasni cakap esok dia nak pergi Manchester dengan Din, sebab kereta Din shipping kat sana. Aku pun tanya “kalau aku ikut pergi sekali boleh ke? Kata Jasni “boleh, tapi kami pergi pagi, dalam jam 8.30 pagi”. Aku bersetuju kerana pagi aku tak kerja. Lagi pun tempat yang kami akan pergi di Manchester untuk utusan penghantaran kereta ialah di stadium Old Trafford. Apa lagi, inilah peluang nak pergi jalan ke stadium itu. Kami bertolak dari Lancaster ke Manchester dalam jam 8.40 pagi dan sampai di stadium Old Trafford dalam jam 10 pagi. Lancaster ke Manchester tidaklah jauh lebih kurang 1 jam sahaja. Di sana kami berjumpa orang Malaysia yang menguruskan penghantaran kereta Din. Selepas selesai urusan itu semua, aku dan Jasni pun pergi melihat stadium terkenal itu dan mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. Kata Jasni kelab bola Manchester kelab termahal dan terkaya.

Kami pulang ke Lancaster dalam jam 11.30 pagi menaiki kereta Jasni dan aku duduk di seat belakang. Terfikir dalam fikiranku tentang kelab Manchester semasa dalam perjalanan pulang. Kelab gergasi bola sepak seperti Manchester sudah tentu mempunyai pengurusan yang baik hingga terkenal sebegitu rupa. Urus tadbir yang berintegriti, cekap, amanah, jujur dan bersungguh-sungguh mungkin menjadi amalan kelab ini. Pengurusan duit yang baik menjadikan kelab ini menjadi kelab terkaya. Tidak perlulah kita cerita tentang sumber kewangan mereka, tetapi kaedah pengurusan kewangan mungkin boleh dikaji. Jumlah pembelanjaan mestilah tidak melebihi jumlah pendapatan. Kalau melebihi, kelab akan berhutang dan tidak mampu membeli pemain yang terbaik. Sudah semesti dana untuk membeli pemain disimpan dengan jumlah yang besar kerana memindahkan pemain bukannya murah.

Macamanalah kehidupan rakyat Malaysia selepas kenaikan minyak secara mendadak. Sudah tentu barang keperluan pun turut naik harga. Orang susah sudah tentu makin susah. Jurang antara yang miskin dan kaya makin jauh dan katara. Ini semua adalah berpunca dari pengurusan yang tidak mengikut Islam. Pengurusan Islam lebih memetingkan kebajikan umum (rakyat) dari kebajikan khusus (individu). Pengurusan awam lebih diutamakan dari pengurusan sendiri. Ketika hasil dan pendapatan negara di tahap yang baik, kita patut menyimpan kerana semasa kita susah kita boleh mengunakannya. Banyak kisah dan panduan yang diamalkan oleh sahabat Rasulullah s.a.w dalam pengurusan harta negara. Antara contohnya ialah kisah khalifah Abu Bakar dengan anak beliau, kisah khalifah Umar dalam Aamul Wija’ (tahun kelaparan), tanaman tidak menjadi kerana kemarau, dan juga kisah khalifah Umar Abd Aziz yang mana hendak mencari orang yang fakir dan miskin amat susah di zaman pemerintahan beliau. Kisah ini cukup mengambarkan pengurusan dari kerajaan yang mengikut prinsip-prinsip Islam, rakyat yang miskin terbela nasib mereka.

Umara’ yang memerintah bertanggungjawab menguruskan harta negara supaya semua rakyat yang miskin dan kaya mendapat hak masing-masing. Harta negara bukan milik kerajaan atau orang tertentu sahaja tetapi hak semua rakyat. Kerajaan cuma menguruskannya sahaja bukan memiliki dan menggunakan sewenang-wenangnya. Kalau menggunakan juga kepentingan dan feadahnya mesti kembali kepada rakyat. Harta yang ditadbir oleh kerajaan adalah satu amanah yang perlu pikul dan diuruskan dengan baik mengikut kehendak Islam. Kelak di akhirat akan ditanya oleh Allah Taala. Sebab itulah khalifah Umar menolak pertolongan pegawainya ketika beliau memikul guni gandum untuk diberi kepada satu keluarga miskin yang menjadi tanggungjawap beliau sebagai khalifah. Umar mengetahui harta dalam kerajaan beliau bukan hak beliau tetapi hak rakyat. Beliau tidak mahu ditanya oleh Allah Taala bagaimana pengurusan harta dalam pemerintahan beliau sedangkan masih ada orang miskin yang kelaparan.

Amat jarang dan kurang sekali pemimpin negara Islam sekarang ini yang mencontohi pengurusan dan pemerintahan mengikut prinsip Islam yang sudah di praktikkan dan diamalkan oleh para sahabat nabi. Mereka pandai menguruskan harta yang diamanakan kepada mereka kerana hati mereka telah diuruskan terlebih dahulu. Hati mereka ditanam dan disuburkan sifat-sifat mahmudah dan tidak menjadikan nafsu sebagai ikutan dalam pengurusan pemerintahan dan membuat keputusan.

Tuesday 17 June 2008

The Palaces of Ukhaidir


Summarised extracts from a full article, see resources below, where a homogenous survey on the Abbassid architecture, where end notes, references and bibliography are given.

by: Foundation for Science Technology and Civilisation. Info@fstc.co.uk

Among the palaces built by Abbassid Caliphs and Emirs that attracted wide interest is the Ukhaidir Palace - Iraq, a fortified living complex containing halls, courtyards, living apartments and a mosque.

The palace, built between 774-775 by Isa ibn Musa(endnote 10) some 75 miles Southwest of Baghdad, was a masterpiece of architectural innovation, which had long lasting impact on the development of architecture. The architects and masons of Ukhaidir first introduced a new elaborate technique based on the construction of elliptical (pointed) barrel vaults with bricks in similar technique to building a wall and therefore considerably eased the way vaults were built. The old tradition consisted of the use of a mixture of mortar and small stones and debris laid out on wooden base. Such method required a lot of wood not available in this arid region and building took considerable time to finish as masons had to wait for the vault to dry to move the scaffolding to another part of the building. This new technique, likely to have been introduced through Persian and Mesopotamian Muslims, provided adequate solutions to these issues.

Further elaboration of the vault construction technique was made in the palace's mosque, through the use of flattened arches to support the brick vault, a technique which became later known as ribbed vaulting (Jairazbhoy, 1972). According to Marcais (1954) this method was also employed in Medinat Al-Zahra (10th century) in Andalusia. This achievement provided the foundations for the rise of Gothic architecture in Europe.

The other innovation was the first use of pointed arches seen later in Al-Aqsa and other Abbassid buildings as indicated above. The other original element introduced in Ukhaidir was decorative consisting of the use of blind arcading which appeared in the Northern façade of the Court of Honour. Again, this feature became an essential element in Muslim architectural decoration and later transmitted to Europe. Here, one has to point to the attitude of Western scholars which connect the use of blind arcading, as well as the origin of ribbed vaulting and a number of other features, to Lambard architects who are considered (by them) to be the main builders of Dark ages Europe, especially in the 10th and 11th centuries (see for example Porter, 1909).

The appearance of this feature in Ukhaidir some 300 years earlier clearly denies such claims. Furthermore, for the majority of these scholars Lombardic architecture seems to provide the answer to the origin of medieval revival of Western architecture. I found a strong similarity between Lombardic buildings, especially around Italy, and Muslim buildings in both structural and decorative terms. A proper investigation, by Muslim scholars, in this subject is therefore urgently needed.

Another innovation in Ukhaidir was the introduction of the first fluted dome which appeared at the crossing beyond the main entrance and which later was adopted in Quairawan mosque.

Finally, Ukhaidir elaborated the defensive technique found in Raqqa by introducing what's known as chemin de ronde along the ramparts. The introduction of arrow slits in its walls enabled defence against attackers. Meanwhile, the four gates, consisting each of a chamber with an inner wall and an outer portcullis which could be lowered in case of assault trapping the attackers inside, provided another defensive architectural technique, again transmitted to Europe through the crusaders. (http://www.muslimheritage.com/topics/default.cfm?ArticleID=271)

more imformation, click here.
for more pictures, click here.

Thursday 22 May 2008

Azimat Ibunda

Langit tirmizi menghantar dirimu
Menuju jalan pulang
Hari- hari indah bersamamu
Bertabur di tanah kenangan

Wajah berona simpati
Kau tatapi
Buat kali terakhir
Sedih dan sayu dari kamar akhlak
Mengundang airmata

Hanya rindu dan doa buatmu
Semoga kau tenang dan bahagia
Agar syurga menjadi milikmu
Bukan hanya di telapak kakimu

Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ayah ibu

Menumpang di segenap ruang
Yang ada di lubuk berkasihan
Begitu indah setiap detik
Di dalam rahimmu

Sehingga teramat asyik
Setiap saat di pangkuanmu
Keperitan itu
Kau rasa indah demi anakmu

Setitis airmata ibu
Yang gugur kerana kesedihan
Segaris luka di hati ibu
Kerna kederhakaan

Tertutup pintu syurga
Jika tiada keampunannya
Azimat ini ku tanam
Di lubuk hati yang dalam

Di tirai malam aku bersandarkan
Pada dinding kepiluan
Bersenandungkan merdu suara anak
Terlena di rajuk dan rindu

Tiada yang terindah di dunia
Dapat menggantikanmu
Pilihan yang terbaik takkan dapat
Mengisi lorong hatiku

Monday 19 May 2008

UM


Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

“Redha Allah bergantung redha kedua ibu bapa, dan murka Allah bergantung kepada kemurkaan ibu bapa”
Riwayat al Hakim

Masih teringat kata ibuku “kalau mak pergi haji nak pergi dengan Khaidirlah”. Kerisauan terasa dalam seorang anak sebab hajat ibuku nak pergi haji bertemankan anaknya. Ketika tu baru belajar-belajar simpan duit kerana nak kawin manalah tau ada jodoh. Kerja sudah empat tahun mengajar. Orang bujang duit sikit habis apatah lagi duit banyak, baiklah simpan. Sekali lagi teringat pesan ibuku “Khaidir kalau nak kawin carilah orang dekat-dekat sahaja” kata ibuku.

Terasa dua tanggungjawab ini yang perlu diselesaikan. Umurku kira terlebih wajib kawin dan umur ibuku juga semakin bertambah. Kesihatan dia pun perlu diambil kira. Semua ini dipanjatkan kepada Maha Pencipta sesungguhnya hanya Dia Allah yang mampu memakbulkan segala permohonan kita. Sebagai hamba kita boleh merancang sesuatu dan berusaha. Berjaya dan tidak berjaya semuanya kehendak Allah. Alhamdulillah tahun 2005 jodohku sampai, kawin dengan junior di sekolah menengah dulu. Keluarga kami dah saling kenal, tidak menjadi masalah lagi pun dekat tidak sampai 10 minit dari rumahku. Makbul doa ibuku gembira hati ibuku tercapai hasratnya. Hatiku pun gembira juga sebab kami dah kenal antara satu sama lain. Cuma semasa di sekolah tidak pernah bercakap. Sekolah agama memang bi`ah islamiah itu bagus. Bercakap dengan pelajar perempuan bila perlu sahaja. Pergaulan mengikut akhlak Islam, tiap-tiap hari kami dihidangkan ayat-ayat al-Quran dan hadis Rasulullah. Hati selalu dibasuh dengan al-Quran menggilap sifat mahmudah dan menjauhi sifat-sifat mazmumah.

Rupanya rezeki orang kahwin lebih murah. Pada tahun akhir tahun 2005 daftar untuk menunaikan haji dan pada tahun 2006 alhamdulillah duit sudah cukup. Tahun 2007 aku dan ibuku memohon untuk pergi awal kerana masalah kesihatan. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan untuk menunaikan rukun Islam yang kelima. Pada pertengahan bulan 12 tahun 2007 berangkatlah ke tanah suci. Semasa di Mekah ibuku banyak bergantung kepadaku sebab semasa belajar di Jordan dahulu sudah menunaikan haji. Sudah lama tidak bercakap Arab, seronok juga rasanya dapat berkomunikasi dengan umat Islam lebih-lebih lagi dalam bahasa Arab.

Bila bercakap bahasa Arab teringat mula-mula belajar bahasa Arab di Syria selama satu tahun pada tahun 1991 hingga 1992. Di Mekah aku banyak tolong ibuku semasa ingin melakukan ibadat haji terutama tawaf dan saie. Begitu juga di Arafah, Muzdalifah dan Mina lebih-lebih lagi semasa melontar Jamrah. Pergorbananku ini untuk membalaskan jasa dan pengorbanan ibu kepadaku. Ianya juga usaha untuk menjadi anak soleh walaupun tidak terbayar pengorbanan terhadapku. Amat mengkagumi semangat dan usaha ibuku mendidik kami adik beradik seramai 7 orang, yang kehilangan ayahanda tersayang semasa usiaku 15 tahun. Kami adik-beradik di sekolahkan di sekolah agama supaya menjadi anak soleh atau sekurang-kurangnya pandai membaca doa sekiranya mereka sudah tiada. Bulan Mac 2008 sekali lagi aku meninggalkan Malaysia kerana kerana menemani isteriku menyambung PhD di Universiti Lancaster UK selama 3 tahun. Ini kali kedua aku meninggalkan ibuku di Malaysia buat semantara waktu. Insyallah selepas 3 tahun lagi aku akan balik untuk membalas jasa-jasa ibuku walaupun tidak terbalas. Paparan ini untuk menjadikan diriku selalu ingatkan jasa-jasa ibuku dan usaha menjadi anak yang soleh.

Tidak juga lupa ibuku yang kedua ibu mertua. Sebagai Muslim kita bukan dituntut merayakan hari ibu sekali setahun kerana dia tidak mencukupi. Kita sebagai anak yang mendakwa anak soleh mesti mendokan ibubapa setiap kali selepas solat lima waktu. Prinsip hidupku “berikanlan kegembiraan kepada ibu selagi hayatnya kerana keberkatan dan kebaikan akan datang kepada kita”. Walaupun kita tak mampu menjadi Uwais al-Qarni terkenal taat kepada ibunya sampai malaikat dan jin mengenalinya, cukuplah kita menjadi Muslim yang soleh kepada ibu kita.

Sunday 4 May 2008

SUNNAH RASULULLAH S.A.W CARA HIDUP KITA

Firman Allah Taala:
“Kemudian jika kamu berbantah2 dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada KITAB ALLAH (QUR’AN) dan SUNNAH Rasul, jika kamu benar beriman kepada ALLAH dan hari akhirat, yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih elok pula kesudahannya. [maksud surah an-nisa 59].

Sahabat-sahabat sekelian, ayat diatas menekankan kepentingan menjadikan hadith Rasulullah s.a.w sebagai sumber rujukan kedua selepas Al-Qur’an. Inilah warisan yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w kepada kita. Al-Qur’an dan Sunnah adalah rujukan terbaik untuk menyelesaikan masalah umat Islam, baik perkara yang sekecil-kecilnya hinggalah perkara yang sebesar-besarnya. Rasulullah s.a.w tidak meninggalkan harta dan pangkat untuk Islam bagi menyelesaikan masalah yang bakal dihadapi oleh umat Islam. Baginda tinggalkan Al-Qur’an dan Sunnahnya. Lihatlah bangsa Arab yang berpegang akan wasiat ini, mereka telah mencipta ilmu-ilmu baru semasa barat mengalami zaman kegelapan. Mereka juga dapat memerintah 2/3 dunia dan menjadi satu bangsa yang sangat dihormati satu ketika dahulu kerana berpegang dengan Al-Qur’an dan Sunnah.

Umat Islam sekarang ini diserang dengan dahsyatnya dari pelbagai sudut, melalui media massa seperti filem-filem dan sebagainya. Ini kerana kita umat Islam sudah tidak dihormati dan tidak ditakuti. Masalah ini berlaku kerana kita tidak kembali kepada ajaran Islam, tidak merujuk Al-Qur’an dan Sunnah sebagai cara hidup. Kehidupan seharian dan akhlak kita jauh dari nur Al-Qur’an dan Sunnah. Bukan sekadar itu sahaja budaya dan amalan Islam terhakis sedikit demi sedikit bermula dari diri kita, keluarga kita dan masyarakat kita. Apatah lagi negara. Mulia dan hina seseorang Muslim dan juga masyarakat Islam itu bermula sejauh mana pegangan mereka dengan Al-Qur’an dan Sunnah dan mengamalkannya

Pengenalan Ilmu Hadith secara ringkas
Pada permulaan Islam pada zaman Rasulullah s.a.w, para sahabat yang cinta kepada Rusullah menghafaz hadith-hadithnya. Ketika itu mereka tidak menulisnya, hadith dari Abu Said al-Khudri Radiallahuanhu katanya ‘bahawa Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya “janganlah kamu menulis (hadith-hadith) dariku, dan (dengan yang demikian) sesiapa yang telah menulis dariku selain dari Al-Qur’an, maka hendaklah ia memadamnya”
Kemudian datang hadith lain yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Tarmizi dari Abu Hurairah radiallahuaahu katanya “tatkala Rasulullah s.a.w beroleh kurnia Allah menguasai tanah suci Makkah al-Mukarramah, tampillah baginda berpidato kepada orang ramai…….lalu bangun Abu Shah sambil berkata: “Bolehkah tuan (membenarkan sesiapa) menulis untukku (apa yang tuan sabdakan itu) ya Rasulullah? Baginda menjawab, maksudnya: “tulislah kamu untuk Abu Shah”.

Para ulamak dan ahli hadith telah memberi pendapat antara hadith pertama yang melarang dengan hadith kedua yang mengharuskan menulis hadith Rasulullah s.a.w.
a) Larangan menulis hadith Rasulullah s.a.w pada hadith yang pertama ialah ketika wahyu turun sekali dibimbangi bercampur dengan Al-Qur’an
b) Larangan hadith pertama adalah khas mengenai penulisan hadith bersama dengan Al-Qur’an pada satu lembaran. Hadith kedua mengharuskan sekiranya ditulis pada lembaran yang berasingan
c) Larangan kepada yang kuat ingat yang selamat dari lupa. Sebaliknya diizinkan bagi lemah ingatan dan tidak boleh ditulis dengan lembaran yang ada ayat-ayat Al-Qur’an
d) Larangan hadith yang menerangkan menulis kemungkinan dimansuh dengan hadith yang lain. Pada mulanya Rasulullah s.a.w melarang menulis tetapi apabila hadith Rasulullah s.a.w banyak dan bertambah maka dibenarkan supaya tidak lupa dan mudah dihafaz

Apa pengertian hadith:
Hadith adalah berita-berita sabda nabi (perkataan), perbuatan dan takrir (diam) terhadap sesuatu yang dilakukan orang setelah Rasulullah s.a.w mengetahuinya.

Beza dengan hadith Qudsi:
Hadith Qudsi ialah berita-berita firman tuhan, yang disampaikan erti dan maksudnya oleh Rasulullah s.a.w iaitu perkataan dari Rasulullah s.a.w sendiri.

Apakah yang dikatakan Sanad?
Salasilah (pertalian) yang terdiri dari beberapa orang rawi, seorang demi seorang dimulai dengan guru bagi seorang pengumpul hadith kemudian sahabat yang menerima hadith dari Rasulullah s.a.w sendiri. Seperti contoh dari Zaid bin Arqam radiallahuanhu.

Apakah yang dikatakan matan?
Isi hadith atau apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w itu sendiri atau lafaz-lafaz yang membentuk makna. Seperti contoh sabda Rasulullah maksudnya “setiap amalan dimulakan dengan niat…”.

Hadith dibahagikan kepada beberapa martabat secara umum:
A) Hadith sahih ialah hadith yang cukup padanya lima syarat
i) Sanad perawi hadith bersambung hingga akhir sanad. Tiada yang tertinggal perawinya
ii) Setiap perawi hadith mestilah bersifat adil
iii) Kuat ingatan hadith yang dihafaz (dhabit)
iv) Hadith yang diriwayatkan seorang perawi hadith tidak menyalahi hadith yang diriwayatkan perawi hadith yang ramai
v) Hadith yang diriwayatkan tidak mengandungi kecacatan hadith (ellah hadith)

Ellah” hadith = cacat hadith dari segi perawi hadith, kadang-kala pada matan hadith. Ianya memerlukan perbahasan yang panjang.

B) Hadith Hasan ialah hadith adalah sama syarat dengan hadith sahih. Hanya berbeza dari segi sifat perawi hadith iaitu kurang sedikit adil dan dhabit.

C) Hadith Dhaif ialah hadith yang tidak cukup lima syarat hadith sahih

D) Hadith Mutawatir ialah:
i) Hadith yang diriwayat melalui pancaindera. Iaitu melalui pendengaran dan melihatnya. Ramai melihat dan mendengar apa yang berlaku.
ii) Jumlah rawi (meriwayatkan hadith) yang ramai mustahil mereka berpakat-pakat mengadakan atau membuat hadith palsu

E) Hadith Ahad ialah hadith yang rawi (meriwayatkan hadith) tidak seramai yang meriwayat hadith mutawatir

Hukum menolak hadith Rasulullah s.a.w yang sahih adalah terbatal akidah dan perlu bertaubat dan mengucap dua kalimah shahadah semula.

Golongan yang anti hadith yang tidak mahu menjadikan hadith sebagai sumber hukum dan amalan sudah wujud sejak zaman Imam Syafie. Dikenali juga sebagai GAH (golongan anti hadith). Janganlah kita terikut dengan golongan ini kerana di Malaysia sudah wujud golongan ini. Berhati-hati ketika kita membaca hadith-hadith Rasulullah s.a.w. Sekurang-kurangnya kita mengetahui sesuatu perkara berserta dengan ilmu, jangan kita bercakap sesuatu perkara tanpa ilmu mengenainya. Kita umat Islam perlu mengetahui hadith Rasulullah s.a.w dan asas-asas ilmu hadith iaitu ulumul hadith.

Firman Allah Taala:
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang tidak kamu ketahui.” (Al-Isra’:36)

Thursday 1 May 2008

SUNNAH NABI TEMPAT RUJUKAN KITA

Firman Allah Taala
“kemudian jika kamu berbantah2 dalam sesuatu perkara,maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada KITAB ALLAH (QURAN) dan SUNNAH Rasul,jika kamu benar beriman kepada ALLAH dan hari akhirat,Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih elok pula kesudahannya.[maksud surah an-nisa 59].
Sahabat –sahabat sekelian ayat diatas merupakn kepentingan menjadikan hadis Rasullah sebagai sumber rujukan kedua selepas Al Quran. Ini lah warisan yang ditinggalkan oleh Rasullah kepada kita. Al Quran dan Sunnah adalah terbaik untuk menyelesikan masalah umah Islam, baik perkara yang sekecil-kecilnya hinggalah pekara yang sebesar-besarnya. Rasullah tidak meninggalkan harta dan pangkat untuk Islam bagi menyelesaikan masalah yang bakal dihadapi oleh umat Islam. Baginda tinggalkan Al Quran dan Sunnahnya. Lihatlah bangsa arab yang berpegang akan wasiat ini mereka telah mencipta ilmu-ilmu baru semasa barat mengalami zaman kegelapan. Mereka juga dapat memerintah 2/3 dunia dan bangsa sangat dihormati kerana berpegang dengan Al Quran dan Sunnah.
Umat Islam sekarang ini diserang dengan pelbagai sudut melalui media masa dan filem-filem dengan dahsyatnya. Ini kerana kita umat Islam sudah tidak dihormati dan tidak ditakuti. Masalah ini berlaku kerana kita tidak kembali kepada ajaran Islam tidak merujuk Al Quran dan Sunnah sebagai cara hidup. Kehidupan seharian dan akhlak kita jauh dari nur Al Quran dan Sunnah. Bukan sekadar itu sahaja budaya dan amalan Islam terhakis sedikit demi sedikit bermula dari diri kita, keluarga kita dan masyarakat kita. Apa tah lagi negara. Mulia dan hina seseorang muslim dan juga masyarkat Islam itu bermula sejauh mana pegang dengan Al Quran dan Sunnah dan mengamalkannya

Wednesday 30 April 2008

FITNA ITU HIKMAH KEPADA UMAT ISLAM

Ayat Al Quran yang diketengahkan oleh Greert Wilders melalui “ FITNA”

1) Firman Allah Taala dalam surah al-Anfal 60:

Maksudnya: ((Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) Segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya)).

Ayat ini dijadikan sebagai asas tuduhan bahawa Islam suka berperang. Sedangkan ianya merupakan satu pendedahan kepada strategi peperangan iaitu hendaklah bersiap siaga sebelum terjun dalam peperangan. Persiapan yang dimaksudkan ialah kekuatan dalam pelbagai aspek samada fizikal, meterial dan juga mental. Dengan itu barulah boleh membina satu pasukan perang yang gagah dan kuat serta digeruni. Ayat di atas menekan soal kepentingan strategi agar setiap muslim sentiasa berstrategi dalam tindakan mereka dan tidak bertindak membabi buta. Dengan wujudnya kekuatan di kalangan tentera Islam secara tidak langsung akan menggerunkan dan mematikan hasrat musuh untuk memerangi Islam lantas dapat mengelakkan berlakunya perang. Ini dibuktikan sepertimana telah berlaku dalam peristiwa Tabuk. Apabila risikan tentera Rom mendapati tentera Islam yang berkhemah di Tabuk sangat gagah maka mereka telah membatalkan niat untuk berperang dengan umat Islam.
2) Firman Allah Taala dalam surah Al-Nisa ayat 56-57:

Maksudnya: ((Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. dan (ingatlah) Sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana)).

Ayat ini juga dijadikan asas tuduhan betapa Islam bencikan orang kafir, sedangkan Allah Taala menerangkan tentang akibat keingkaran kepada perintah Allah Taala dan fenomena yang akan berlaku di akhirat kelak kepada mereka yang tidak beriman di kalangan umat manusia. Ayat ini tidak menyuruh umat Islam membakar orang kafir dan menyembelih sewenang-wenangnya seperti yang didakwa oleh Wilders. Ayat ini cuba dikaitkan pula dengan hadis Nabi s.a.w yang mengatakan bahawa satu ketika kelak orang Islam akan membunuh Yahudi. Hingga mereka bersembunyi di belakang pokok, lantas pokok dan batu berkata wahai muslim, di belakangku ada Yahudi marilah bunuh mereka! Soal membunuh dan menyembelih Yahudi ini tidak akan timbul jika mereka tidak menjajah bumi Palestin dan membunuh ribuan penduduk Islam. Malah mereka merogol wanita-wanita Islam. Apakah tidak wajar mereka diperangi setelah bertahun mereka menzalimi penduduk yang tidak berdosa? Kekejaman mereka sudah tidak boleh diselindung lagi justeru itu mereka cuba mengalihkan pandangan dunia dengan menuduh Islam yang memulakan permusuhan ini!3) Firman Allah Taala dalam surah Muhammad ayat 4 :

Maksudnya: ((Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir (di medan perang) Maka pancunglah batang leher mereka sehingga apabila kamu telah mengalahkan mereka maka tawanlah mereka dan sesudah itu kamu boleh membebaskan mereka atau menerima tebusan sampai perang berakhir. Demikianlah apabila Allah menghendaki nescaya Allah akan membinasakan mereka tetapi Allah hendak menguji sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain dan orang-orang yang syahid pada jalan Allah, Allah tidak akan mensia-siakan amal mereka)).

Wilders menjadikan ayat ini sebagai bukti betapa Islam menggalakkan umatnya menyembelih orang kafir khususnya Yahudi sedangkan berdasarkan pada tafsirannya, ayat di atas diturunkan semasa situasi perang dan sebagai panduan ketika berperang. Bagi melengkapkan pemahaman kepada ayat ini perlulah pula dikaitkan dengan ayat 190 dari surah Al-Baqarah di mana Allah Taala berfirman yang bermaksud:

((Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas)).

Berdasarkan ayat inilah tentera-tentera Islam dilarang samasekali membunuh wanita, kanak-kanak, orang tua dan ketua-ketua agama (paderi, tok sami dan lain-lain) serta dilarang merosakkan tanaman dan binatang ternakan ketika berperang. Meskipun tercatat di dalam buku-buku sirah senarai peperangan yang banyak namun bila diteliti peperangan tersebut tercetus adalah berpunca dari hasrat mempertahankan diri dan bukan untuk memusnah dan membunuh sesama manusia. Malah ada juga situasi di mana perang tidak berlaku seperti dalam peristiwa Tabuk serta Perang Khandak atau Ahzab. Di dalam perang Tabuk sebagai contoh, Rasulullah s.a.w mengerahkan para sahabat keluar bagi mempertahankan Islam dan Kota Madinah dari ancaman tentera Rom yang diketuai oleh Maharaja Qaisar. Rom yang begitu tamak mahu menguasai semenanjung Arab keluar dengan kekuatan tentera yang begitu hebat ditambah dengan sokongan beberapa kumpulan bangsa Arab yang tunduk kepada kuasa Rom. Rasulullah s.a.w telah mengambil keputusan keluar ke Tabuk untuk menyekat Rom. Di Tabuk tentera Islam berkhemah hampir 20 hari. Berita kehebatan tentera Islam yang berkhemah di Tabuk sampai ke pengetahuan tentera Rom dan menggerunkan mereka. Akhirnya mereka berundur dari medan perang kerana bimbangkan kekalahan di tangan tentera Islam. Begitu juga dengan Perang Khandak atau Ahzab. Tentera gabungan antara kaum musyrikin Mekah dan Yahudi yang berkampung di luar kota Madinah dengan tujuan untuk menyerangnya telah lari bertempiaran apabila ribut taufan melanda. Akhirnya perang Ahzab pun tidak berlaku. Perang Badar pula adalah berpunca dari keegoan pembesar musyrikin Mekah yang mahu menghancurkan Islam meskipun umat Islam yang keluar adalah bertujuan mengambil balik harta mereka dari kafilah Quraish. Umat Islam yang keluar gagal merampasnya namun tentera musyrikin tetap mahu memerangi mereka maka tercetuslah perang Badar.

4) Firman Allah Taala dalam surah Al-Nisa ayat 89:

Maksudnya: ((Mereka suka kalau kamu pula menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, maka (dengan yang demikian) menjadilah kamu sama seperti mereka. Oleh itu janganlah kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat kamu, sehingga mereka berhijrah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam). Kemudian kalau mereka sengaja berpaling ingkar, maka tawanlah mereka dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu menemuinya dan jangan sekali-kali kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat atau penolong)).Ayat ini dikaitkan pula dengan dakwaan sikap orang Islam yang tidak boleh berkawan dengan orang kafir dan arahan membunuh di mana sahaja berjumpa dengan mereka. Sedangkan ayat ini perlu dibaca bersama ayat seterusnya surah Al-Nisa ayat 90:

Maksudnya: Kecuali orang-orang yang pergi (meminta perlindungan) kepada suatu kaum yang ada ikatan perjanjian setia antara kamu dengan mereka, atau orang-orang yang datang kepada kamu sedang hati mereka merasa berat hendak memerangi kamu atau memerangi kaumnya dan jika Allah menghendaki, nescaya ia menjadikan mereka berkuasa melawan kamu, kemudian tentulah mereka memerangi kamu. Dalam pada itu, jika mereka membiarkan kamu (dengan tidak mengancam atau mengganggu), serta mereka tidak memerangi kamu dan mereka menawarkan perdamaian kepada kamu, maka Allah tidak menjadikan bagi kamu sesuatu jalan (yang membolehkan kamu memerangi atau menawan) mereka.
Jika diteliti, amat jelas ayat 90 surah Al-Nisa menegaskan bahawa perdamian adalah diberikan keutamaan. Peperangan hanya akan berlaku jika musuh memberikan ancaman dan memerangi Islam. (petikan daripada tulisan Zuridan Md Daud)

Terlalu banyak hikmah yang dapat kita ungkapkan sebagai muslim yang diberi akal yang waras kepada kita antaranya:

Sekiranya Geert Wilders...

1- Mengkaji dan memahami Al-Quran untuk menghina Islam
2- Mengambi satu ayat sahaja dan meninggalkan 6665 ayat Al-Quran yang lain
3- Membaca terjemahan Al-Quran untuk menghina agama Islam
4- Menbaca Al-Quran dengan penuh kebencian
5- Memiliki Al-Quran untuk menghina umat Islam
6- Menafsirkan Al-Quran mengikut kejahilan dan hawa nafsu
7- Mengkaji Al-Quran dan membuat filem untuk menghina Islam


Umat Islam perlu……

1- Mengkaji dan memahami Al-Quran setiap hari untuk memahami Islam
2- Mengambil dan beramal dengan 6666 ayat Al-Quran secara menyeluruh
3- Membaca Al-Quran dengan terjemahannya sekali bukan sekadar boleh membaca
4- Mempertingkatkan lagi Ilmu membaca Al-Quran seperti tajwid dan tarannum
5- Sentiasa membawa Al-Quran sekurang-kurang Al-Quran terjemahan untuk dikaji
6- Mendalami Ilmu mentafsir Al-Quran dan sebab-sebab ayat diturunkan
7- Mengkaji keajaiban dan keistimewaan Al-Quran dan di muatkan dalam media masa dan eletronik


Buat sahabat semua, lihatlah betapa gigih usaha musuh Islam yang benci kepada agama Allah. Usaha demi usaha dijalankan untuk menghina Islam tanpa henti. Mereka sering kali menimbulkan api perbalahan antara umat Islam dengan agama mereka. Semasa mereka menimbulkan isu, penulisan, gambar dan filem tentang keburukan Islam, kita semua sibuk memperkatakannya dimana-mana, kita akan berdemonstrasi membantah dan boikot barang-barang keluaran barat. Selepas itu bila mereka senyap kita pun senyap. Macam bermusim kita sensitif mengenai agama Islam. Semasa mereka menghina Islam dan Al-Quran, pada masa yang sama kita merujuk kepada Islam dan Al-Quran. Selepas kita mengetahui kebenaran kita pun senyap. Itulah budaya umat Islam hari ini. Sama seperti kes Salman Rushdie menghina Rasullah dan isu karikatur Nabi Muhammad. Kita umat Islam tidak mengambil pengajaran dari peristiwa-peristiwa yang dipaparkan untuk menghina Islam dan Rasulullah. Cuba tanya diri kita sebagai Muslim, antaranya:

1- Sudah cukupkah keIslaman kita dengan solat, zakat, puasa dan haji?

2- Adakah akidah kita sudah benar-benar mantap?

3- Berapa banyak sunnah Rusulullah yang telah kita amalkan atau sunnah baca doa makan sahaja kita amalkan, sunnah yang lain bagaimana?

4- Rasulullah adalah idola atau role model kepada umat Islam. Kenapa kita masih tidak mengikutinya?

5- Kita mengetahui bahawa akhlak Rusulullah adalah Al Quran. Kenapa kita tidak mengikutinya dalam kehidupan kita?

6- Kita mengetahui ilmu adalah penting, kenapa kita tidak berusaha menambah ilmu sedia ada dengan berbagai ilmu lain untuk manfaat agama dan umat Islam?

7- Berapa kali sehari semalam kita buka Al Quran sedangkan surat khabar tiap-tiap hari kita baca.

Islam tidak hina, Islam tidak lemah, Islam tidak zalim, Islam tidak mundur.
Yang hina
Yang lemah
Yang zalim
Yang mundur
Adalah umah Islam yang tidak memahami Islam secara menyeluruh, meninggalkan Al-Quran dalam kehidupan seharian dan meninggalkan sunnah-sunnah Rusullah.

Oleh itu marilah kita bangun dari kelekaan dengan keenakan dunia kepada mencari keredhaan Allah kerana hanya jiwa-jiwa yang tenang sahaja yang dijemput dan diundang ke syurgaNya yang disediakan untuk kita kekal berbahagia didalamnya buat selama-lamanya.

Disediakan oleh
Al FAKIR FI ISLAM
IBNU PIAH AL AWAHI