Wednesday 22 April 2009

SHAIKH MUHAMMAD AL-MOHAISANY

Sedih apa yang berlaku kepada umat Islam sekarang ini bukan sahaja mengikut rentak nafsu yang tidak pernah puas. Tetapi takut dengan bayang-bayang Islam dan menjadikan musuh Allah kawan. Sanggup menjaga hati musuh Allah dari umat Islam, umat Islam Palestin di biarkan keseorangan diserang oleh Israel. Dah lah tidak di bantu, orang yang mendoakan memohon dari Allah semoga musuh Islam dimusnahkan di tangkap selepas solat . Mendakwa menjaga tempat suci ibadat umat Islam dan mengikut Quran dan sunnah nabi. Sesiapa tidak mengikut sunnah menjadi bi`daah. sebenarnya siapa yang paling bi`daah.

Monday 20 April 2009

HSBC


Semenjak menjejaki UK ni lagi memang hendak membuka akaun kat sini walaupun tidak
belajar. Zaujah memang kena buka akaun bank dulu sebab KPT akan masukan wang ke akaun ke sini. Bank yang ada di University Lancaster Net West dan tidak menyediakan Islamik Bank. Bank yang mempunyai sistem Islamik bank di UK ini ialah HSBC dan juga Lloyds TSB sahaja. Saya dengan zaujah telah memgambil keputusan untuk membuka akaun Islmik bank. Segala maklumat kami cuba cari kawan-kawan yang pernah buka akaun ini. Kedua-dua ini terletak di bandar Lancaster kalau menaiki bas mengambil masa 20 minit sahaja. Banyak pekara kena uruskan sebelum buka akaun ini. Pertama mesti ambil surat akuan yang kita tinggal dalam kampus university. Surat itu oneline sahaja dalam internet dalam tiga hari kemudian barulah kami pergi ke bandar. Kami bercadang untuk membuka akuan Islamik bank di HSBC akaun bersama. Kali pertama berjumpa kena buat temujanji dulu bila hendak buka sambil-sambil itu bertaya apa dokumen diperlukan. Selepas tiga hari kami pergi semula dengan dokumen yang di perlukan. Kali pertama pergi jumpa dengan pengawai bank HSBC lain dan kali kedua dengan pegawai lain. Apa yang mengejutkan pengawai bank kali kedua menyatakan dokumen tidak cukup dan tidak boleh buka akuan. Apabila kami cakap dokumen kami adalah seperti pengawai yang pertama suruh bawa dan juga dua minggu lepas kawan kami pun sudah buka akaun dengan dokumen yang sama. Kami akur dengan keputusan pengawai itu dan buat temujanji untuk kali ketiga dengan membawa dokumen yang beliau kehendaki. Pada minggu hadapannya kami datang dengan segala dokumen yang di kehendaki. Kali ini kami berjumpa dengan pengawai lain pulak. Setelah berjumpa dengan pengawai yang ketiga untuk kali ketiga menyatakan kami boleh buka dan ada lagi dokumen hendaki ialah surat saya yang beralamatkan rumah yang saya tinggal di university. Kami buat temujanji kali ke empat tiga hari lagi untuk datang semula. Tiga hari selepas itu kami datang kami sudah boleh menmbuka akaun Islamik bank jenamanya ialah akaun amanah. Selepas itu kami mendapat kad bank HSBC akaun amanah. Selepas satu minggu kena pergi semula ke bank sebab meraka hendak salinan pasport dengan pasport sekali. Apa yang hendak di kongsikan disini ialah Islamik bank tidak diwarwarkan sangat seperti Malaysia. Kedua semua urusan disini mesti ada temujanji dahulu. Ada kawan hendak membaiki basikal pun kena buat temujanji juga. Kalau pergi pusat kesihatan pun kalau hendak berjumpa dengan doktor mesti buat temujanji walaupun anda sedang demam. Sesiapa yang demam di UK ini doktor hanya meminta banyak minum air banyak biar demam pulih dengan semulajadi bukan bantuan ubat. Apa yang hendaki di kongsikan dengan sahabat-sahabat ialah ada pekara yang bagus di sini dan juga tidak bagus kadang-kala di Malaysia lagi bagus apa yang ada di sini.