Monday 8 June 2009

Surah Al Araf ayat 179

Firman Allah taala dalam surah Al Araf ayat 179
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, meraka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami(ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata tetapi tidak dipergunakan untuk melihat (tanda-tanda kebesaran Allah) dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah), mereka seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.
Ayat ini dibaca oleh Ust Erfino pada lawatan beliau pada 9 mac 2009 baru-baru ini. Apa yang hendak dikongsikan oleh Ust Erfino ialah mengenai peranan hati, mata dan telinga yang selalu manusia lupa. Lupa ianya satu anugerah dari Allah dan juga menjadi tanggunjawap menjaga amanah Allah. Sebab itu Allah akan tanya akan peranan hati, mata dan telingga apa bila kita mengadap Allah taala di akhirat nati. Lawatan Ust Erfino merupakan kali ke 2 ke Lancaster. Kedatangan beliau dari Leverpool kerana ada program bersama pelajar Malaysia disana. Rasa-rasanya hampir 10 tahun tidak bertemu Ust Erfino selepas beliau tamat belajar di Jordan di Univ Urduniah Amman. Kami sebenarnya satu Univ tetapi berlainan kuliah. Beliau kuliah Adab manakala saya kuliah Syriah. Satu kuliah juga dengan adik beliau Ust Irwan DJ ikim sekarang ini. Semasa di Jordan Ust Erfino di beri tugas oleh Kementerian Pendidikan untuk mendaftar nama-nama pelajar Malaysia di Kementerian Pendidikan Jordan. Semasa di Jordan selalu pergi ke rumah beliau di Duar Jamiah kerana kawan baik saya tinggal bersama beliau. Kawan saya ialah Ust Taj Rijal yanag sekarang ni mengajar ni UPSI. Ust Erfino beliau tidur satu malam di hotel dan kemudiannya 10 mac beliau di jemput sarapan di rumah Azrul dan Anita jiran saya di Cartmel College. Semasa menjemput beliau dari hotel sempat bercerita kisah-kisah masa belajar di Jordan dulu. Terasa sangat kerinduan kepada bumi anbiah Jordan, kalau dapat pergi semula ke sana seronoknya. Bolehlah menziarahi guru-guruku yang mengajar di Jamiah yang banyak memberi ilmu kepadaku. Masih segar dalam ingatan doktor-doktor yang mengajarku dulu. Terimakasih banyak-banyak hanya Allah sahaja yang boleh membalas usaha mereka.