Sedih apa yang berlaku kepada umat Islam sekarang ini bukan sahaja mengikut rentak nafsu yang tidak pernah puas. Tetapi takut dengan bayang-bayang Islam dan menjadikan musuh Allah kawan. Sanggup menjaga hati musuh Allah dari umat Islam, umat Islam Palestin di biarkan keseorangan diserang oleh Israel. Dah lah tidak di bantu, orang yang mendoakan memohon dari Allah semoga musuh Islam dimusnahkan di tangkap selepas solat . Mendakwa menjaga tempat suci ibadat umat Islam dan mengikut Quran dan sunnah nabi. Sesiapa tidak mengikut sunnah menjadi bi`daah. sebenarnya siapa yang paling bi`daah.
Wednesday, 22 April 2009
Monday, 20 April 2009
HSBC
Semenjak menjejaki UK ni lagi memang hendak membuka akaun kat sini walaupun tidak
belajar. Zaujah memang kena buka akaun bank dulu sebab KPT akan masukan wang ke akaun ke sini. Bank yang ada di University Lancaster Net West dan tidak menyediakan Islamik Bank. Bank yang mempunyai sistem Islamik bank di UK ini ialah HSBC dan juga Lloyds TSB sahaja. Saya dengan zaujah telah memgambil keputusan untuk membuka akaun Islmik bank. Segala maklumat kami cuba cari kawan-kawan yang pernah buka akaun ini. Kedua-dua ini terletak di bandar Lancaster kalau menaiki bas mengambil masa 20 minit sahaja. Banyak pekara kena uruskan sebelum buka akaun ini. Pertama mesti ambil surat akuan yang kita tinggal dalam kampus university. Surat itu oneline sahaja dalam internet dalam tiga hari kemudian barulah kami pergi ke bandar. Kami bercadang untuk membuka akuan Islamik bank di HSBC akaun bersama. Kali pertama berjumpa kena buat temujanji dulu bila hendak buka sambil-sambil itu bertaya apa dokumen diperlukan. Selepas tiga hari kami pergi semula dengan dokumen yang di perlukan. Kali pertama pergi jumpa dengan pengawai bank HSBC lain dan kali kedua dengan pegawai lain. Apa yang mengejutkan pengawai bank kali kedua menyatakan dokumen tidak cukup dan tidak boleh buka akuan. Apabila kami cakap dokumen kami adalah seperti pengawai yang pertama suruh bawa dan juga dua minggu lepas kawan kami pun sudah buka akaun dengan dokumen yang sama. Kami akur dengan keputusan pengawai itu dan buat temujanji untuk kali ketiga dengan membawa dokumen yang beliau kehendaki. Pada minggu hadapannya kami datang dengan segala dokumen yang di kehendaki. Kali ini kami berjumpa dengan pengawai lain pulak. Setelah berjumpa dengan pengawai yang ketiga untuk kali ketiga menyatakan kami boleh buka dan ada lagi dokumen hendaki ialah surat saya yang beralamatkan rumah yang saya tinggal di university. Kami buat temujanji kali ke empat tiga hari lagi untuk datang semula. Tiga hari selepas itu kami datang kami sudah boleh menmbuka akaun Islamik bank jenamanya ialah akaun amanah. Selepas itu kami mendapat kad bank HSBC akaun amanah. Selepas satu minggu kena pergi semula ke bank sebab meraka hendak salinan pasport dengan pasport sekali. Apa yang hendak di kongsikan disini ialah Islamik bank tidak diwarwarkan sangat seperti Malaysia. Kedua semua urusan disini mesti ada temujanji dahulu. Ada kawan hendak membaiki basikal pun kena buat temujanji juga. Kalau pergi pusat kesihatan pun kalau hendak berjumpa dengan doktor mesti buat temujanji walaupun anda sedang demam. Sesiapa yang demam di UK ini doktor hanya meminta banyak minum air banyak biar demam pulih dengan semulajadi bukan bantuan ubat. Apa yang hendaki di kongsikan dengan sahabat-sahabat ialah ada pekara yang bagus di sini dan juga tidak bagus kadang-kala di Malaysia lagi bagus apa yang ada di sini.
Friday, 6 March 2009
Ihtifal mawlid
Pendapat Dr Bouti
Pendapat Dr Yusuf Qardawi
Pendapat Ulamak lain
Lagi pendapat mawlid nabi Muhamad
Pendapat mengenai mawlid
Pendapat yang mengatakan Bi`ah
Helwa telinga
Pendapat Dr Yusuf Qardawi
Pendapat Ulamak lain
Lagi pendapat mawlid nabi Muhamad
Pendapat mengenai mawlid
Pendapat yang mengatakan Bi`ah
Helwa telinga
Wednesday, 4 March 2009
Ireland
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya. (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)
Kedatangan saudara Razali dari Ireland bersama empat orang anak serta isteri beliau ke rumah kami pada 2hb mac 2009 baru-baru ini, bertambahlah koleksi kawan-kawan di UK ini. Sebenarnya saya tidak mengenali beliau di Malaysia walaupun beliau sama mengajar di UMP dengan Zaujah. Rupanya di takdir berjumpa dan mengenali beliau di sini. Walaupun rumah kami kecil untuk keluarga beliau kami cuba sebaik mungkin untuk memberi keselesaan kepada keluarga beliau.
Beliau telah bertolak dari Aberdeen selepas menziarahi Ust Irfan di sana pada jam 4.30 petang dan sampai ke Lancaster pada jam 8.00 malam. Beliau telah mendapat cahaya mata yang keempat pada bulan sembilan tahun lepas. Manakala kami akan mendapat cahaya mata pertama insyallah pada awal Jun 2009 ini. Apabila bertambah ahli keluarga beliau membeli Mercedes wagon tujuh tempat duduk. Mercedes di sini bukan lambang kemewahan tetapi yang penting keselesaan bagi sesebuah keluarga untuk berjalan, lagi pun Mercedes second hand di UK ini tidaklah mahal. Saudara Razali telah menjelajahi seluruh UK sambil menziarahi kawan-kawan di sini selama sepuluh hari dan lebih kurang tiga ribu lebih kilometer. Kami berharap dapat menziarahi kawan-kawan di UK dan Ireland ini selepas kelahiran anak kami nanti insyallah.
SHOWING HONOR TO THE GUEST AND THE MERIT OF MAKING OF SACRIFICE FOR HIM.
Abu Hurairah, may Allah be pleased with him, reported: A person came to Allah's Messenger (may peace be upon him) and said: I am hard pressed by hunger. He sent (a message) to one of his wives (to procure food for him), but she said: By Him Who has sent you with Truth, there is nothing with me (to serve him) but only water. He (the Holy Prophet) then sent the (same) message to another, and she gave the same reply, until all of them gave the same reply: By Him Who has sent you with the Truth, there is nothing with me but only water, whereupon he (the Holy Prophet) said: Allah would show mercy to him who will entertain this guest tonight. A person from the Ansar stood up and said: Messenger of Allah, I (am ready to entertain). He took him to his house and said to his wife: Is there anything with you (to serve the guest)? She said: No, but only a subsistence for our children. He said: Distract their attention with something, and when the guest enters extinguish the lamp and give him the impression that we are eating. So they sat down, and the guest had his meal. When it was morning he went to Allah's Messenger (may peace be upon him) who said: Allah was well pleased with what you both did for your guest this night.
Wednesday, 25 February 2009
Buat sahabat-sahabat dalam perjuangan
Wahai sahabat-sahabat dalam satu shof semoga kita tidak jemu dalam dakwah ini. Sungguh banyak mihnah dan tribulasi jalan ini. Selain syaitan musuh yang nyata bagi kita, kelazatan dunia juga melambai-lambai kita selalu. Adakalanya kita kecundang dalam jalan ini. Tetapi bukan kita kalah dan mengalah, dakwah mesti di teruskan walau apa jua cara pun. Kekuatan rohani amat penting dalam meniti perjuangan ini. Hati yang bersih, tenang dan sabar akan membuat kita tidak hilang punca dalam dakwah. Qudwah Hasanah dan Lisanulhal kata kunci penting dalam dakwah kerana senang diucap tapi susah untuk kita sebatikan dalam kehidupan seharian kita. Kemuncak jalan ini menutut darah dan nyawa bukannya kesenangan. Semoga kita beristiqamah dalam perjuangan ini dalam menegakan kalimah Allah.
Monday, 9 February 2009
Makan malam dan jualan lelong Gaza
Pada 31 Januari 2009 persatuan pelajar Malaysia dan kelab UMNO Lancaster telah Mengadakan makan malam dan jualan lelong untuk tabung Gaza. Antara aturcaranya ialah
Bertempat di : Lancaster University Minor Hall.
Bermula : 6.00pm
Ketibaan Tetamu dan Pendaftaran
Ceramah oleh Ustaz Ahmad Irfan Ikmal Hisham
Makan Malam
Video Berkenaan Palestin
Lelongan Amal
Penyerahan Sumbangan kepada Wakil Palestin
Bersurai (1015pm)
Pada malam itu terkumpulnya GBP1100 lebih untuk tabung Gaza.
Friday, 6 February 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)